KULAI: Jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Iqbal Hasnun Halimi, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong, di sini, pada jam 7.30 pagi pada Sabtu.
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.
Jenazahnya turut disolatkan di Surau Taman Impian Jaya pada jam 6.40 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian.
Dianggarkan lebih 100 orang hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Bapanya, Halimi Ali Yahad, 50, bersyukur segala urusan arwah anaknya berjalan lancar.
Katanya keluarganya menghargai doa pelbagai pihak yang mengiringi arwah Iqbal Hasnun selepas kejadian menimpanya.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT atas doa, sokongan moral termasuk wakil dari Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Perak dan pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.
"Ada yang melakukan solat hajat, membacakan doa, Yasin dan ia amat bermakna dan mempermudahkan urusan arwah kerana pada awalnya proses bagi menuntut jenazahnya dikatakan memakan masa lebih lima hingga enam hari.
"Selepas solat Jumaat semalam, ada petanda ketiga-tiga jenazah dapat dicam dan dituntut pada hari sama.
"Kesemua keluarga berasa nikmat walaupun perit menerima kenyataan mereka sudah tiada dan nikmat paling besar adalah nikmat persaudaraan insan yang tidak kami kenal yang mengambil berat kebajikan dan kebaikan untuk kami," katanya.
Halimi berkata, Allahyarham bersifat penyayang dan memiliki hubungan baik dengan sepupu termasuk suka menghiburkan kanak-kanak.
Katanya, pelbagai pihak yang mengenali arwah memberi gambaran baik terhadap arwah termasuk daripada segi kebajikan dan kepimpinan.
"Ya Allah, jadikanlah jiwa anak kami Iqbal Hasnun jiwa yang tenang...kembali menghadap pencipta dengan saling redha meredhai.
"Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Majlis pengebumian Iqbal Hasnun turut dihadiri ahli keluarganya termasuk bapa, ibu, Nor Laila Paralan, 46; adik, Iqbal Hamdi, 19; Husna Hayati, 16; dan Aisyah Umairah, 4.
Iqbal Hasnun adalah antara mangsa rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi Khamis.
Selain Iqbal, empat mangsa lain yang menjadi korban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat May 14 2022
Jenazah Iqbal Hasnun Halimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong jam 7.30 pagi tadi. -foto ihsan keluarga
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.